Khamis, 4 November 2010

DR M - PERKASA PENENTU KESINAMBUNGAN KUASA POLITIK MELAYU

  1. Perkasa menjunjung tinggi kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia, yang secara terang dan jelas menyatakan kesediaan beliau untuk sentiasa berada dekat dengan NGO tersebut. Beliau juga akan memastikan bahawa Perkasa akan menyokong UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya yang ke-13 kelak.
  2. Kenyataan ini pastinya akan mengundang pelbagai reaksi dan persepsi terhadap Perkasa yang selama ini cuba untuk tidak dilabel sebagai mirip kepada mana-mana parti politik arus perdana negara. Namun intipati kepada kenyataan Tun tersebut perlu dinilai dari sudut yang lebih luas iaitu Perpaduan Melayu dan Kuasa Melayu.
  3. Dan, pastinya dengan sokongan ini bukan sahaja UMNO yang beroleh keuntungan malahan parti-parti komponen yang selama ini menentang hubungan baik UMNO dan Perkasa.

Jumaat, 22 Oktober 2010

PASTIKAN LAUNGAN BERANI UMNO 2010 KEKAL BERKUMANDANG

1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 2 pemimpin utama UMNO, YAB Dato' Seri Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin yang dengan berani mempertahankan secara terang dan terbuka hak-hak Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Sememangnya inilah yang telah menjadi pekik teriak PERKASA selama ini. Kerana PERKASA melihat betapa UMNO begitu defensif dan lemah sehingga menyebabkan pelbagai tuntutan dan desakan melampau dibuat oleh para pemimpin cauvinis Cina dan India.

3. Apa yang penting bagi memastikan suvival bangsa Melayu pada masa hadapan ialah keberanian kita dalam menyuarakan isihati kita tanpa berselindung lagi. Terutamanya dalam mempertahankan hak dan kepentingan Melayu tanpa kompromi.

4. Jika diteliti dari ucapan YAB Presiden UMNO, beliau dengan nada tegas dan terbuka membuat teguran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak lagi mempertikaikan segala yang telah dipersetujui sebelum merdeka oleh para pemimpin terdahulu melalui kontrak sosial serta segala intipati yang akhirnya membentuk Perlembagaan sebagaimana yang ada pada hari ini.

5. Adalah diharapkan proses transformasi UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh YAB Presiden UMNO bakal menjadi bukan sekadar kenyataan malahan memperkukuhkan lagi kuasa politik Melayu di tanahair ini. Namun yang lebih penting bahawa mesej tersebut mampu di "transfer" kepada para perwakilan dan diterjemah dalam ertikata tindakan yang lebih berkesan terutamannya di peringkat bawahan - negeri, bahagian dan cawangan.

6. PERKASA akan sentiasa menyokong setiap apa sahaja yang akan memberikan orang Melayu manafaat tanpa mengurangkan sedikitpun hak dan kepentingan mereka.

Sabtu, 16 Oktober 2010

DOA' BUAT DATO PRESIDEN



Kepada seluruh ahli Perkasa, marilah sama-sama kita mendoakan agar YB Dato Paduka Ibrahim Ali, Presiden yang amat kita kasihi selamat menjalani pembedahan jantung yang bakal dibuat pada hari Isnin 18 Oktober 2010, di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.


Kita mendoakan agar beliau akan selamat dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Harapan kita agar beliau lekas sembuh dan kembali sihat seperti sediakala demi perjuangan yang belum selesai ini.


Isnin, 11 Oktober 2010

KHAIRY "chai" DENGAN RAKAN-RAKANNYA

1. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dah nampak "semak" dengan perangai Chua Soi Lek dan rakan-rakan baik MCAnya yang tak habis-habis mengungkit 30% ekuiti bumiputera.


2. Perkasa hairan kenapa sekarang baru beliau (KJ) terasa. Dulu beliau juga yang mempertahankan Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong macam nak "rak" sehingga sanggup melabelkan Perkasa dan Presidennya macam-macam, "gedebe" dan "jaguh kampung" yang juga sebangsa dan seagama dengannya. Nampaknya Soi Lek dan Ka Siong memang dah jenis tak tahu nak hormat kawan, apa boleh buat.


3. Nampaknya, jaguh liberal ni macam dah tak tahan lagi dengan sikap perkauman rakan-rakannya yang tak reti-reti nak berhenti dan cuba menghormati orang Melayu. Atau mungkin dalam 30% itu pun ada jugak "hun" beliau, jadi beliau risau nanti diambil dek orang, wallah-u-alam.


4. Namun apa sekalipun keadaannya, Chua Soi Lek "bintang blue cctv" patut berhenti berkacap soal 30% ekuiti bumiputera tersebut. Berhenti dalam erti kata sebenar, tidak akan mempertikai dan tidak sama sekali menyebutnya.


5. Chua Soi Lek harus sedar, sikap tidak acuh beliau terhadap persaan orang Melayu sesungguhnya menyakitkan hati orang Melayu. Jangan beliau cuba meracuni perasaan orang Melayu dengan rasa benci kepada orang sekaum dengannya. Orang Melayu tidak pernah sentuh apa-apa tentang nilai dan budaya orang Cina! Orang Melayu tinggi dengan kesopanan dan sikap hormat-menghormati mereka.


6. Buktinya, kesediaan menerima orang Cina dan India sebagai sebahagian dari sahabat dan saudara senegara dengan mereka tanpa prejudis! Tolong ingat sama. Sebab itulah Chua Soi Lek begitu tegar cuba mengenepikan sejarah, kerana beliau tidak mahu menerima hakikat bahawa beliau adalah pendatang! Chua Soi Lek itu adalah FAKTA ! Terima seadanya.


7. Kalau Chua Soi Lek tak mahu dipanggil "pendatang", jangan kacau hak Melayu. Begitu juga dengan Wee Ka Siong. Ingatlah peristiwa 13 Mei 1969 dahulu. Siapa yang memulakan api kebencian tersebut. Yang pasti bukannya orang Melayu! Peristiwa itu berlaku kerana orang Melayu merasa mereka terhina. Siapa yang menghina mereka? Siapa yang menyiapkan "penyapu besar" untuk menyapu orang Melayu dari Tanah Melayu ini? Siapa?


8. Sebagai ingatan kepada pemimpin MCA ini, kami dah meluat dengan sikap perkauman kamu. Kamu langsung tidak menghormati kami Orang Melayu kalau bukan sebagai tuan di tanahair ini tetapi sebagai sahabat tetangga kamu. Kamu hina kami dengan lagu-lagu perkauman yang melampau dan jijik. Lantas kamu mempertahankan penghinaan keatas orang Melayu melalui kononnya ekspresi seni anak kaum kamu yang biadab dan kurang ajar.


9. Kepada Khairy Jamaludin, inilah rakan-rakan yang kamu harapkan menjadi sokong, sokong akan membawa rebah kepada bangsa Melayu dan Islam di tanahair ini. Jangan jadi tali barut kepada orang yang cuba menjatuhkan Melayu. Hari ini baru kamu "chai" - dalam loghat Kedah bermaksud "padan muka hang".


10. Perkasa akan terus bersuara dan tetap menyuarakan kebenaran ini walaupun pahit dan menyakitkan. Ingatlah sesiapa yang menentang Perkasa bererti mereka menentang Melayu!

Isnin, 4 Oktober 2010

AZMIN VS MAHATHIR

1. Kerancakkan meraih pencalonan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperlihatkan kekecohan yang diluar "tabii" dan cukup memalukan berlaku di begitu banyak cabang yang bermesyuarat. Orang ramai mula menconggak dan membuat penilaian terhadap parti yang selama ini memperjuangan ketelusan dan demokrasi terpimpin ala Anuar Ibrahim.



2. Sikap calon-calon yang bertanding juga nampaknya agak "profesional" apabila mereka mula membuat komentar-komentar secara terbuka terhadap kepincangan dalam proses pemilihan tersebut tanpa segan silu atau berselindung lagi. Begitulah sikap para pemimpin PKR, ketika yang bertanding masing-masing menuduh "hang aku", di peringkat cabang pula "baling kerusi".



3. Walaupun haru biru dan kacau bilau berlaku sepanjang pemilihan tersebut, seperti biasa pemimpin-pemimpin ini masih boleh "meluangkan masa" untuk membuat komen terhadap isu-isu semasa dan PERKASA. Tidak terlepas juga mengkritik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, oleh Azmin Ali yang kononya sudah "tersungkur" apabila beliau jatuh sakit ketika berada di Melbourne, Australia.


4. Azmin yang sedang ghairah menambah bilangan pencolanan nampaknya tidak habis-habis menimbulkan kontroversi sepanjang tempoh tersebut. Keuzuran Tun Dr Mahathir nampaknya tidak menimbulkan rasa simpati pemimpin PKR ini, sebaliknya menjadikan keadaan Tun sebagai jenaka.


5. Mungkin beginilah perangai pemimpin PKR. Mereka sudah tidak tahu lagi yang mana satu jenaka dan mana satu fakta, serius dan jenaka sama saja. Oleh kerana itu, perjuangan bangsa tidak lagi menjadi matlamat mereka. Agama pun kalau di perjudikan di tangan bukan Islam, maka rasa sudah tiada apa lagi yang menjadi pegangan juak-juak politik ini.


6. Mungkin juga, syurga dan neraka bagi mereka sudah tidak dipedulikan janji matlamat duniawi tercapai.


7. Tun Dr Mahathir, negarawan ulung lagi tersohor yang telah membangun negara, bukanlah calang-calang manusia berbanding Azmin. Azmin pun kalau bukan kerana Mahathir yang menaikkan Anwar suatu ketika dahulu, mungkin rakyat Malaysia tak kenal. Namun begitu kerana bertuankan peliwat maka beliau juga terpalit dengan populariti tersebut.


8. Bagi Azmin, populariti dan kuasa di kalangan bukan Melayu lebih penting dari segala-galanya sebagaimana pepatah Inggeris mengatakan, "politician always think about election, while Statesman always think about the nation".


9. Siapalah Azmin kalau nak dibandingkan Mahathir. Kepada Azmin cermin diri awak dulu. Parti kamu pun celaru, porak peranda (orang Kedah kata - tak ketahuan hala) tak payahlah nak komen orang itu salah, orang ini salah.


10. Perkasa Kedah tetap akan mempertahan Tun Dr Mahathir sebagai Negarawan Terbilang yang terlalu banyak jasanya dan tidak terbalas budi yang telah beliau taburkan kepada pertiwi, agama dan bangsa. Tun, adalah contoh terbilang kepada Perkasa yang tiada tolok bandingnya, jadi kalau Azmin menentang Tun bererti Azmin menentang Perkasa, menentang Perkasa bererti menentang Melayu.


11. Baik-baik bermain api, takut nanti membakar diri.

PERASMIAN SERENTAK PERKASA SELURUH NEGERI KEDAH

1. Tanggal 2 Oktober 2010, Majlis Perasmian Serentak Perkasa Seluruh negeri Kedah telah disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia dengan penuh semangat dan meriah.


2. Kehadiran ahli dan peminat Perkasa yang hampir 1500 orang memberikan petunjuk bahawa Perkasa mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang Melayu. Ini jelas memperlihatkan bahawa Perkasa tetap bingkas dalam memperjuangkan isu bangsa dan agama walau terdapatnya tentangan dan halangan.


3. Kejayaan majlis pada hari Sabtu lalu berjaya dilaksanakan dalam penuh suka dan duka. Walaupun ianya merupakan kejayaan melengkapkan penubuhan Perkasa bagi seluruh daerah, namun keperitan yang dihadapi oleh pihak penganjur benar-benar menguji kekuatan dan semangat juang mereka.


4. Pembatalan penggunaan dewan sekolah di saat-saat akhir persediaan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN) tidak langsung menjejaskan semangat para sukarelawan penganjur. Namun apa yang menyedihkan ialah sikap orang Melayu sendiri yang angkuh dan dangkal pemikiran serta semangat juang Melayunya telah menjadikan agenda politik dan kepentingan diri mengatasi realiti dan kehendak bangsa sendiri.





5. Sikap ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dato' Johari Abdul, yang mendesak dan mengugut akan mengadakan demonstrasi jika Perkasa Kedah terus menggunakan dewan sekolah jelas memperlihatkan betapa buruknya sikap seorang pemimpin Melayu yang begitu angkuh dan cetek pemikiran.


6. Tentangan ini turut disokong oleh seorang Ketua UMNO bahagian. Mungkin beliau tidak sedar bahawa kenyataan yang beliau berikan kepada wawacara oleh akhbar berbahasa Cina rupanya telah memakan dirinya sendiri padahal beliau sendiri telah menyatakan kesediaan untuk hadir ke majlis tersebut beberapa hari sebelum keputusan pembatalan oleh pihak JPN.



7. Inilah sikap pemimpin Melayu hari ini, terlalu angkuh dan pada masa yang sama takut kepada orang lain dan sanggup mengkhianati bangsa sendiri. Apakah orang-orang seperti ini layak menjadi pemimpin kepada orang Melayu? Yang sanggup menikam bangsanya dari belakang ! Depan cakap lain, belakang buat dan cakap lain. Buktinya ada lagi sahih! Jangan lagi nak berdalih. Katakan apa sahaja kepada orang di luar sana, namun fakta tetap fakta !


8. Beginilah jadinya apabila kuasa dan kepentingan diri mengatasi segalanya. Kepentingan bangsa dikompromi demi diri sendiri. Yang rosak adalah orang Melayu sendiri. Sebagaimana kata Presiden, Dato' Ibrahim Ali, pastikan orang-orang ini tidak disokong dalam pilihanraya akan datang.



Isnin, 27 September 2010

Ralat

Pihak editor blog ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan berkenaan tarikh perasmian serentak Perkasa daerah di Kedah sebagaimana yang telah disiarkan terdahulu. Tarikh sebenar ialah pada 02 Oktober 2010.
Kesilapan amat dikesali. Sekian, harap maklum.

JEMPUTAN




Para muslimin dan muslimat adalah dijemput ke Majlis Pelancaran Serentak Perkasa Daerah-Daerah Seluruh Negeri Kedah yang dijadualkan sebagaimana di atas.


Kehadiran YB Dato Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia, amat dinanti-nantikan dan ucaptama beliau pada hari tersebut pastinya cukup signifikan dalam konteks isu-isu bangsa Melayu.


Oleh yang demikian sama-sama kita nantikan kehadiran beliau.


"PERKASA WADAH KERAMAT PERJUANGAN BANGSA "

Khamis, 16 September 2010

Alor Setar, 16 September 2010.


1. Bertempat di kediaman Dato' Yusof Ismail , telah berlangsung majlis pelancaran Perkasa Daerah Kota Setar yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Perkasa Negeri Kedah, Tuan Syed Osman Mansor.

2. Dengan pelancaran tersebut Perkasa Kedah kini semakin hampir kepada melunaskan tugasnya dalam rangka mewujudkan Perkasa di setiap daerah di negeri Kedah.

3. Di majlis yang dihadiri hampir 70 orang tetamu tersebut Syed Osman dengan jelas menegaskan bahawa Perkasa akan kekal sebagai sebuah NGO dan tidak mungkin akan menjadi sebuah parti politik kerana matlamat perjuangan Perkasa adalah menjadi suatu venue penyatuan bangsa.

4. Perkasa juga tegas beliau adalah milik orang Melayu dan bukannya milik mana-mana parti politik, ketika mengulas kenyataan Datuk Tengku Adnan tempohari yang mahu Perkasa dijauhkan dari UMNO. Tegas Osman lagi, kenyataan tersebut tidak akan memberi sebarang kesan malahan mutakhir ini lebih banyak permohonan untuk menyertai Perkasa diterima dari orang Melayu yang menunjukkan minat untuk menyertai NGO tersebut .

5. Tegas beliau lagi, sekiranya UMNO bimbang sekiranya ber"sahabat" dengan Perkasa bakal menjauhkan pengundi bukan Melayu dan akan merugikan BN sepertiman kekalahan teruk mereka dalam PRU-12 lalu, Perkasa sebenarnya wujud hanya selepas melihat kejatuhan BN dan UMNO.

6. Hilangnya majoriti BN pada PRU-12 lalu bukanlah kerana Perkasa tetapi disebabkan rakyat sudah tidak yakin terhadap kepimpinan UMNO. Beliau juga mengajukan pertanyaan berikut, "apakah dengan menjauhkan Perkasa maka UMNO dan BN akan dapat undi bukan Melayu seperti yang diharapkan? Apakah UMNO tidak pernah memikirkan kebarangkalian-kebarangkalian UMNO dan BN langsung tidak mendapat sokongan bukan Melayu hatta Orang Melayu sendiri?"

7. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Saudara Zahran-Timbalan YDP Perkasa, Saudara Mej (B) Anuar Abdul Hamid-Pengerusi Perkasa Daerah Kuala Muda, Dato' Ariffin Man-Pengerusi Perkasa Daerah Pokok Sena dan Saudara Shahrol Niza-Ketua Wira Perkasa Kedah

Selasa, 14 September 2010

TAHNIAH PDRM


1. Pihak PERKASA negeri Kedah ingin merakamkan ucapan tahniah serta rasa bangga di atas kejayaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi dalam tempoh yang singkat.


2. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa PDRM komited dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka serta memastikan bahawa keselamatan negara berada pada kedudukan yang terbaik.


3. Perkasa percaya dengan kemampuan yang telah ditunjukkan oleh PDRM, rakyat khususnya dan negara umumnya tidak perlu lagi khuatir akan keselamatan mereka. Namun begitu Perkasa sentiasa berharap agar PDRM akan sentiasa memastikan bahawa mutu perkhidmatan mereka akan terus dipertingkatkan lagi demi mempertingkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap mereka.


4. Tahniah PDRM dan Selamat Hari Raya.

Selasa, 7 September 2010

Selamat Menyambut Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh umat Muslimin & Muslimat amnya dan seluruh ahli PERKASA khususnya.
Dalam kemeriahan merayakan kejayaan mengekang hawa nafsu jangan pula kita lupa kepada tanggungjawab memperkasakan jiwa dan semangat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta ini.
Sama-sama kita semarakkan kemeriahan aidil-fitri ini dengan tekad memelihara dan mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang telah, sedang dan akan kita kecapi.
Salam Aidil-Fitri dari ; YDP Perkasa Negeri Kedah dan seluruh Ahli Jawatankuasa Negeri Kedah

Isnin, 12 April 2010

PELANCARAN PERKASA DAERAH PADANG TERAP

11 April 2010



Sehari selepas pelancaran penubuhan Perkasa Daerah Sik, kini tiba giliran daerah Padang Terap menerima kehadiran Perkasa ke kawasan tersebut. Majlis serba ringkas tapi padat dengan pengisian tersebut cukup meninggalkan kesan kepada para hadirin.

Antaranya yang menarik ialah Sajak yang bertajuk "Seorang Tua Bernama Pak Tua" yang telah dideklamasikan oleh Tuan Syed Mahathir.


Majlis pelancaran penubuhan tersebut telah disempurnakan Timbalan YDP Perkasa Kedah, Saudara Zahran Dato Paduka Abdullah. Dalam ucapannya beliau menegaskan halatuju Perkasa yang berpaksikan kepada 6 teras perjuangannya dan dengan berpegang teguh kepadanya maka setiap ahli pasti tidak akan "tergelincir" dari matlamat asalnya.

Penghulu Latih pula diawal ucapannya, beliau amat bersyukur kerana akhirnya Perkasa dapat ditubuhkan di daerah Padang Terap. Beliau yakin dengan wujudnya Perkasa di daerah tersebut akan dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan orang Melayu di sana.
Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut Ketua Wira Perkasa Kedah, Saudara Shahrol serta ahli jawatankuasa Perkasa Daerah Pendang dan Pokok Sena.



Majlis tersebut juga telah menyaksikan bekas wakil rakyat dan penghulu iaitu Tuan Haji Latih Abdul Saman telah dilantik sebagai Pengerusi Perkasa Daerah manakala Tuan Syed Mahadzir pula sebagai Timbalan Pengerusi. Kedua-dua mereka merupakan orang lama dan cukup berpengalaman dalam pendidikan dan pentadbiran.




Hampir 200 orang memohon menjadi ahli di majlis pelancaran Perkasa Daerah Padang Terap.

PELANCARAN PERKASA DAERAH SIK

10 April 2010


Bertempat di tebing sungai Kampung Cemara, Jeniang, majlis pelancaran Perkasa Daerah Sik telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Perkasa negeri Kedah, Tuan Syed Osman Mansor.

Majlis tersebut juga menyaksikan lebih dari 200 orang hadirin memohon menjadi ahli Perkasa itu juga bersempena program Joran Ria - iaitu pertandingan memancing yang dianjurkan oleh penduduk di kawasan tersebut.


Dengan pelancaran tersebut juga telah menjadikan Sik sebagai daerah ke 7 wujudnya Perkasa.


YDP Perkasa, Tuan Syed Osman Mansor didalam ucapannya mengalu-alukan penyertaan orang ramai ke dalam Perkasa yang kini begitu mendapat sambutan kerana perjuangannya.


Beliau juga mengingatkan kepada ahli baru agar tidak mempolitikkan Perkasa kerana sebagai sebuah NGO matlamatnya bukanlah bagi mendapatkan mileage politik tetapi lebih kepada mempertahankan hak-hak orang Melayu sebagaimana termaktub didalam Perlebagaan Malaysia.



Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, Timbalan YDP Perkasa Kedah - Zahran, Ketua Wira Perkasa Kedah - Shahrol Niza dan beberapa ahli jawatankuasa Perkasa Daerah Pendang.

Syed Osman berbicara dengan pengerusi penganjur, Saudara Nazri Abu Hassan.

Khamis, 4 Mac 2010

PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN NGO MELAYU (MPM)

PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN NGO MELAYU
(MPM)

Pada 27 Februari 2010, lebih daripada 50 Badan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur bagi tujuan melancarkan Penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu ( MPM ).

Antara NGO yang menggerakkan penubuhan MPM ini ialah Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Cuepecs.

PERKASA diwakili oleh Presidennya, Dato' Ibrahim Ali (gambar di atas), Mubarak oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia oleh Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Penubuhan majlis ini dilihat sebagai satu langkah berani yang dibuat oleh NGO-NGO Melayu yang antara matlamat penubuhannya ialah mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu, membela kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara serta mendaulatkan Kesultanan Melayu. Dasar Ekonomi Baru yang belum lagi mencapai matlamatnya bagi orang Melayu serta soal keselamatan negara juga menjadi agenda utama perjuangan MPM. Sejauh mana matlamat ini dapat dicapai bergantung besar kepada semangat setiakawan antara NGO-NGO ini, penyelarasan aktiviti dan program, kepekaan dan sensitiviti kepada isu dan cabaran serta kesungguhan dalam perjuangan dan pembelaan.Perlu ditegaskan bahawa NGO-NGO lain yang tidak sempat hadir pada hari tersebut hendaklah dibawa masuk, agar majlis ini menjadi lebih kukuh dan meluas keanggotaannya.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, fungsi utama MPM ini adalah untuk bertindak sebagai medium yang mengumpulkan NGO Melayu, yang mempunyai pendirian dan matlamat perjuangan yang hampir sama dalam menangani segala bentuk tekanan yang dihadapi oleh orang Melayu, agama Islam, Kesultanan Melayu, keselamatan negara dan ketenteraman awam serta isu-isu lain yang ada kaitan dengannya. Setiap NGO dipertanggungjawab untuk
memerhati, mengkaji dan seterusnya melapor serta membentang pelan tindakan bagi setiap isu yang ada kaitan dengan matlamat penubuhan majlis ini.Selaras dengan ini juga, majlis ini akan menentang habis-habisan segala bentuk penentangan dan provokasi terhadap isu-isu yang sedang dibela dan dipertahan.

Majlis juga telah membentang dan melulus beberapa resolusi yang akan dijadikan sebagai garis-panduan ke arah kelicinan, keberkesanan dan kekuatan pakatan ini :

+ Resolusi atau ketetapan ini mestilah berdasarkan fakta dan dokumen yang sahih dan
mencukupi dan ianya akan dibentang pada mesyuarat MPM untuk diperakui ;

+ mana-mana anggota MPM yang tidak bersetuju dengan resolusi atau ketetapan yang
sudah dipersetujui hendaklah menerima keputusan majoriti;

+ jika sekiranya ada mana-mana anggota MPM yang enggan menerima resolusi yang sudah
dipersetujui, maka mereka boleh memilih untuk tidak menandatangani resolusi tersebut
tanpa kehilangan atau keguguran keanggotaannya ; dan

+ Akan tetapi jika ada mana-mana anggota MPM menentang mana-mana resolusi atau
ketetapan yang dibuat oleh MPM, mereka secara otomatik gugur keanggotaannya di dalam
majlis ini.

Orang Melayu pasti menaruh harapan kepada majlis ini , sekurang-kurangnya untuk melihat
satu ikatan atau gabungan bangsa yang lebih bersatu daripada lebih bersengketa. Perpecahan yang berterusan di kalangan orang Melayu bukan sahaja merugikan tetapi yang lebih
merbahaya ia menjemput dan menggalakkan provokasi dan ancaman serta cabaran dari mereka yang sememangnya berniat buruk dari awal lagi.

Ahli-ahli PERKASA perlu menjadi telinga dan mata kepada majlis yang ditubuh ini. Sebarang penyelewengan dan kealpaan mana-mana pihak perlu ditangani dan diperbetul sesegera mungkin. Semoga kerjasama, kesepakatan dan ukhwah antara NGO-NGO yang menjadi perintis penubuhan pada 27hb itu dikekal dan diteruskan. Kata-kata negatif yang boleh melemahkan semangat perjuangan hendaklah diketepikan. Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah bangsanya dan jika MPM boleh dijadikan sebagai salah satu wadah atau wahana untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang bagi orang Melayu, maka amat logik sekali kita menyokongnya !



Ahad, 28 Februari 2010

PELANCARAN 3 SAYAP PERKASA

PELANCARAN 3 SAYAP PERKASA

Pelancaran tersebut telah diadakan pada hari Ahad 14 Februari 2010 di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid,Kementerian Kerja Raya Malaysia,Jalan Sultan Salahuddin ,Kuala Lumpur.Sambutan kepada majlis ini amat mengalakkan.Ahli-ahli PERKASA dari ketiga -tiga sayap hadir memberi sokongan dengan penuh semangat.
Ketokohan dan ketrampilan kepimpinan ke tiga -tiga ketua sayap ini menjadi faktor pendorong kejayaan dan kelancaran program ini.Pujian serta penghargaan harus di beri kepada mereka:


Ketua Wirawati : Saudari Zaira Bte Jaafar



Ketua Wiranita : Puan Raihan Bte Sulaiman Palestine


Ketua Wira : Saudara Arman Azhar Bin Abu Hanifah

Majlis pelancaran ini dimulai dengan satu sesi forum yang dikendalikan oleh Ybhg Dato' Asri Zainol Abidin pada pukul 4 Petang.

Ketibaan Presiden PERKASA Malaysia, Ybhg Dato Paduka Ibrahim Ali disambut oleh paluan kompang serta pertunjukkan seni silat.

Majlis pelancaran sebenar di mulakan dengan ucapan oleh ketiga -tiga ketua sayap PERKASA.Ucapan yang penuh semangat dan berapi-api telah memberi suntikan baru kepada generasi akan datang. Ybgh Dato Paduka Presiden di dalam ucapan perasmiannya,memuji dan menaruh harapan agar mereka dapat membantu merealisasikan falsafah dan teras perjuangan Perkasa itu sendiri.

Turut hadir bersama di majlis ini ialah Presiden GPMS Malaysia.

Ahad, 10 Januari 2010

Sabtu, 9 Januari 2010

PERHIMPUNAN AMAN

1. Bertempat di Dataran MPSPK, Sungai Petani, "Perhimpunan Ummah" - satu perhimpunan aman yang disertai oleh lebih 13 NGO Islam telah diadakan. Perhimpunan tersebut yang dijadualkan pada jam 2.30 petang terpaksa dimulakan lewat akibat hujan lebat sekitar 30 minit. Namun begitu semangat membara para peserta tidak luntur dan mereka mula berkumpul sebaik hujan berhenti.

2. Majlis dimulakan dengan bacaan do'a oleh Imam, Tuan Haji Mustoffa dan seterusnya diaminkan oleh lebih 500 orang peserta perhimpunan ummah.

3. Walaupun ada arahan-arahan yang melarang diadakan perhimpunan sedemikian, namun Perhimpunan Ummah yang diadakan pada hari tersebut berlangsung dalam suasana aman dengan kehadiran anggota keselamatan bagi memastikan bahawa tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

4. Perhimpunan yang diadakan tersebut bukannya berniat untuk mencetuskan provokasi mahupun penentangan kepada mana-mana institusi berwibawa ataupun peruntukkan undang-undang tetapi lebih kepada meluahkan rasa tidak puashati tentang apa yang berlaku mutakhir ini.

5. Walaupun dalam keriuhan berdemonstrasi dengan disulami perasaan yang berbagai, umat Islam di negara ini masih lagi punya rasa simpati dengan insiden kebakaran ke atas 3 buah gereja di ibu kota. Ini jelas memperlihatkan bahawa sikap umat Islam yang rasional dan sentiasa menunjukkan belas kasihan yang tinggi.

6. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, ketika ditemubual di Kelantan juga menyatakan rasa kesal dan mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kebakaran tersebut.

7. Islam amat mementingkan keharmonian dan menentang semua bentuk kekerasan dan kekejaman serta menghormati anutan dan kepercayaan orang lain. Oleh itu perhimpunan tersebut juga meminta orang bukan Islam agar menghormati Agama Islam dan Umat Islam.


Gambar sepanjang 'Perhimpunan Ummah'

YDP Perkasa Kedah, Syed Osman sedang melayani temubual oleh wartawan setelah perhimpunan berakhir.

Tuan Haji Mustoffa membacakan doa bagi memberkati Perhimpunan Ummah pada hari tersebut.

Zahran menyampaikan ucapan dicelahan para peserta perhimpunan.


Ucapan oleh Mej (B) Anuar Abdul Hamid


Umat Islam yang berkumpul bagi menyatakan protes terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak The Herald - Catholic Weekly

Khamis, 7 Januari 2010

NASIB UMAT ISLAM DI MALAYSIA

1. Satu perhimpunan akan diadakan diperkarangan Dataran MPSPK, Sungai Petani pada esok hari - Jumaat, 8/1/10, selepas solat Jumaat. Perhimpunan tersebut akan disertai oleh lebih 30 NGO Melayu Islam dengan diketuai oleh PERKASA Negeri Kedah.

2. Perhimpunan tersebut merupakan reaksi kepada keputusan The Herald - Catholic Church bagi menggunakan kalimah ALLAH untuk penerbitan mereka. Tindakan mereka tersebut jelas memperlihatkan sikap sebenar mereka yang mencabar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa, Perkara 3(1) Ugama Islam ialah Agama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

3. Persoalan, mengapa sekarang? tidak timbul dan yang menjadi persoalan pada hari ini adakah AMAN dan DAMAI sebagaimana yang dinyatakan dalam peruntukkan tersebut wujud? Kita seringkali diingatkan jangan mencabar mahkamah, jika tidak dianggap menghina mahkamah. Jadi mencabar keputusan mahkamah itu adalah salah.

4. Tapi bagaimana pula bila mereka mencabar Perlembagaan. Bukankah Perlembagaan Persekutuan itu merupakan sumber undang-undang tertinggi negara? Jadi siapa yang mencabar siapa, siapa yang menghina siapa?

5. Jika beginilah tafsirannya "mencabar" dan "menghina/contempt", maka umat Islam akan sentiasa bersalah dan hanya boleh melihat dan menerima sahaja nasib mereka tanpa boleh berbuat apa! Kerana setiap tindakan umat Islam dikira mencabar dan menghina serta boleh dilabelkan PENGGANAS!

6. Benarlah firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud, "tiada suka kepada engkau orang Yahudi dan Nasrani, sehingga engkau turut agama mereka." Al-Baqarah, ayat 120.

7. Walau apa juga alasan yang diberikan, penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak berkenaan bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah mereka sebaliknya menimbulkan lebih banyak masalah kepada umat ISLAM dan keamanan dan kedamaian negara.

8. Oleh itu apabila umat Islam bertindakbalas kerana merasakan mereka dihina maka janganlah mereka dipersalahkan sebaliknya renung kembali siapakah yang memulakan terlebih dahulu?

9. Oleh itu Umat Islam di negara ini harus segera sedar dan bangkit kerana agenda mempertahankan agama amat memerlukan kepada pengorbanan kita yang besar. Kita perlu meletakkan Urusan ALLAH no.1, urusan manusia no.2.