Jumaat, 22 Oktober 2010

PASTIKAN LAUNGAN BERANI UMNO 2010 KEKAL BERKUMANDANG

1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 2 pemimpin utama UMNO, YAB Dato' Seri Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin yang dengan berani mempertahankan secara terang dan terbuka hak-hak Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Sememangnya inilah yang telah menjadi pekik teriak PERKASA selama ini. Kerana PERKASA melihat betapa UMNO begitu defensif dan lemah sehingga menyebabkan pelbagai tuntutan dan desakan melampau dibuat oleh para pemimpin cauvinis Cina dan India.

3. Apa yang penting bagi memastikan suvival bangsa Melayu pada masa hadapan ialah keberanian kita dalam menyuarakan isihati kita tanpa berselindung lagi. Terutamanya dalam mempertahankan hak dan kepentingan Melayu tanpa kompromi.

4. Jika diteliti dari ucapan YAB Presiden UMNO, beliau dengan nada tegas dan terbuka membuat teguran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak lagi mempertikaikan segala yang telah dipersetujui sebelum merdeka oleh para pemimpin terdahulu melalui kontrak sosial serta segala intipati yang akhirnya membentuk Perlembagaan sebagaimana yang ada pada hari ini.

5. Adalah diharapkan proses transformasi UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh YAB Presiden UMNO bakal menjadi bukan sekadar kenyataan malahan memperkukuhkan lagi kuasa politik Melayu di tanahair ini. Namun yang lebih penting bahawa mesej tersebut mampu di "transfer" kepada para perwakilan dan diterjemah dalam ertikata tindakan yang lebih berkesan terutamannya di peringkat bawahan - negeri, bahagian dan cawangan.

6. PERKASA akan sentiasa menyokong setiap apa sahaja yang akan memberikan orang Melayu manafaat tanpa mengurangkan sedikitpun hak dan kepentingan mereka.