Isnin, 4 Oktober 2010

PERASMIAN SERENTAK PERKASA SELURUH NEGERI KEDAH

1. Tanggal 2 Oktober 2010, Majlis Perasmian Serentak Perkasa Seluruh negeri Kedah telah disempurnakan oleh YB Dato' Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia dengan penuh semangat dan meriah.


2. Kehadiran ahli dan peminat Perkasa yang hampir 1500 orang memberikan petunjuk bahawa Perkasa mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang Melayu. Ini jelas memperlihatkan bahawa Perkasa tetap bingkas dalam memperjuangkan isu bangsa dan agama walau terdapatnya tentangan dan halangan.


3. Kejayaan majlis pada hari Sabtu lalu berjaya dilaksanakan dalam penuh suka dan duka. Walaupun ianya merupakan kejayaan melengkapkan penubuhan Perkasa bagi seluruh daerah, namun keperitan yang dihadapi oleh pihak penganjur benar-benar menguji kekuatan dan semangat juang mereka.


4. Pembatalan penggunaan dewan sekolah di saat-saat akhir persediaan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN) tidak langsung menjejaskan semangat para sukarelawan penganjur. Namun apa yang menyedihkan ialah sikap orang Melayu sendiri yang angkuh dan dangkal pemikiran serta semangat juang Melayunya telah menjadikan agenda politik dan kepentingan diri mengatasi realiti dan kehendak bangsa sendiri.





5. Sikap ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dato' Johari Abdul, yang mendesak dan mengugut akan mengadakan demonstrasi jika Perkasa Kedah terus menggunakan dewan sekolah jelas memperlihatkan betapa buruknya sikap seorang pemimpin Melayu yang begitu angkuh dan cetek pemikiran.


6. Tentangan ini turut disokong oleh seorang Ketua UMNO bahagian. Mungkin beliau tidak sedar bahawa kenyataan yang beliau berikan kepada wawacara oleh akhbar berbahasa Cina rupanya telah memakan dirinya sendiri padahal beliau sendiri telah menyatakan kesediaan untuk hadir ke majlis tersebut beberapa hari sebelum keputusan pembatalan oleh pihak JPN.



7. Inilah sikap pemimpin Melayu hari ini, terlalu angkuh dan pada masa yang sama takut kepada orang lain dan sanggup mengkhianati bangsa sendiri. Apakah orang-orang seperti ini layak menjadi pemimpin kepada orang Melayu? Yang sanggup menikam bangsanya dari belakang ! Depan cakap lain, belakang buat dan cakap lain. Buktinya ada lagi sahih! Jangan lagi nak berdalih. Katakan apa sahaja kepada orang di luar sana, namun fakta tetap fakta !


8. Beginilah jadinya apabila kuasa dan kepentingan diri mengatasi segalanya. Kepentingan bangsa dikompromi demi diri sendiri. Yang rosak adalah orang Melayu sendiri. Sebagaimana kata Presiden, Dato' Ibrahim Ali, pastikan orang-orang ini tidak disokong dalam pilihanraya akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan