Isnin, 4 Oktober 2010

AZMIN VS MAHATHIR

1. Kerancakkan meraih pencalonan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperlihatkan kekecohan yang diluar "tabii" dan cukup memalukan berlaku di begitu banyak cabang yang bermesyuarat. Orang ramai mula menconggak dan membuat penilaian terhadap parti yang selama ini memperjuangan ketelusan dan demokrasi terpimpin ala Anuar Ibrahim.



2. Sikap calon-calon yang bertanding juga nampaknya agak "profesional" apabila mereka mula membuat komentar-komentar secara terbuka terhadap kepincangan dalam proses pemilihan tersebut tanpa segan silu atau berselindung lagi. Begitulah sikap para pemimpin PKR, ketika yang bertanding masing-masing menuduh "hang aku", di peringkat cabang pula "baling kerusi".



3. Walaupun haru biru dan kacau bilau berlaku sepanjang pemilihan tersebut, seperti biasa pemimpin-pemimpin ini masih boleh "meluangkan masa" untuk membuat komen terhadap isu-isu semasa dan PERKASA. Tidak terlepas juga mengkritik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, oleh Azmin Ali yang kononya sudah "tersungkur" apabila beliau jatuh sakit ketika berada di Melbourne, Australia.


4. Azmin yang sedang ghairah menambah bilangan pencolanan nampaknya tidak habis-habis menimbulkan kontroversi sepanjang tempoh tersebut. Keuzuran Tun Dr Mahathir nampaknya tidak menimbulkan rasa simpati pemimpin PKR ini, sebaliknya menjadikan keadaan Tun sebagai jenaka.


5. Mungkin beginilah perangai pemimpin PKR. Mereka sudah tidak tahu lagi yang mana satu jenaka dan mana satu fakta, serius dan jenaka sama saja. Oleh kerana itu, perjuangan bangsa tidak lagi menjadi matlamat mereka. Agama pun kalau di perjudikan di tangan bukan Islam, maka rasa sudah tiada apa lagi yang menjadi pegangan juak-juak politik ini.


6. Mungkin juga, syurga dan neraka bagi mereka sudah tidak dipedulikan janji matlamat duniawi tercapai.


7. Tun Dr Mahathir, negarawan ulung lagi tersohor yang telah membangun negara, bukanlah calang-calang manusia berbanding Azmin. Azmin pun kalau bukan kerana Mahathir yang menaikkan Anwar suatu ketika dahulu, mungkin rakyat Malaysia tak kenal. Namun begitu kerana bertuankan peliwat maka beliau juga terpalit dengan populariti tersebut.


8. Bagi Azmin, populariti dan kuasa di kalangan bukan Melayu lebih penting dari segala-galanya sebagaimana pepatah Inggeris mengatakan, "politician always think about election, while Statesman always think about the nation".


9. Siapalah Azmin kalau nak dibandingkan Mahathir. Kepada Azmin cermin diri awak dulu. Parti kamu pun celaru, porak peranda (orang Kedah kata - tak ketahuan hala) tak payahlah nak komen orang itu salah, orang ini salah.


10. Perkasa Kedah tetap akan mempertahan Tun Dr Mahathir sebagai Negarawan Terbilang yang terlalu banyak jasanya dan tidak terbalas budi yang telah beliau taburkan kepada pertiwi, agama dan bangsa. Tun, adalah contoh terbilang kepada Perkasa yang tiada tolok bandingnya, jadi kalau Azmin menentang Tun bererti Azmin menentang Perkasa, menentang Perkasa bererti menentang Melayu.


11. Baik-baik bermain api, takut nanti membakar diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan