Ahad, 9 Januari 2011

TUAN NEGARA INI ADALAH MELAYU!

Kulim - 9 Januari 2011

  1. "Perkasa tidak memihak kepada mana-mana parti, tetapi Perkasa akan menyokong mana-mana pihak atau parti politik yang memperjuangkan Melayu, Islam dan tanahair Malaysia", begitulah kata-kata Saudara Haji Roslan Kassim, Ketua Penerangan Perkasa Malaysia didalam ucapannya di majlis Penghayatan Perlembagaan anjuran Perkasa daerah Kulim.
  2. "Kalau pokok pun ada tuannya, masakan negara tiada tuan", "maka tuan bagi negara ini adalah orang Melayu, maka itu adalah fakta sejarah!" Tambah beliau lagi, "ianya bukanlah bermaksud kita tuan orang lain hamba!".Roslan berkata demikian bagi menjawab cemuhan sesetengah pemimpin cauvinist Cina yang mengatakan bahawa orang Melayu juga bangsa pendatang atau imigrant.
  3. Ketika menjawab kepada beberapa soalan yang diajukan oleh hadirin, Roslan menegaskan bahawa lahirnya Perkasa adalah atas kesedaran nasib dan masa depan bangsa Melayu dan bukannya kerana imbuhan mahupun kepentingan diri.
Roslan Kassim menyampaikan ucapannya.


Seorang dari tetamu mengajukan soalan.

Melayanai pemberita.


Naib YDP Kedah, Tuan Hj Muhazir Md Isa dan Pengerusi Daerah Kuala Muda, Mej (B) Annuar Abdul Hamid yang turut serta dalam majlis tersebut.