Isnin, 28 Disember 2009

PERASMIAN PERKASA DAERAH BALING

Ahad, 20 Disember 2009, menjadi detik bersejarah kepada Perkasa Kedah apabila Baling menjadi daerah pertama di Malaysia apabila secara rasminya dilancarkan oleh Presiden PERKASA Malaysia, Dato' Ibrahim Ali.

Turut hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut termasuklah YDP Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perlis dan Kedah. Majlis pelancaran Perkasa Daerah Baling telah diadakan di perkarangan rumah Pengerusi Perkasa Baling iaitu Pak Wan Mahmud.

Dato' Ibrahim dalam ucapannya telah mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Baling antaranya Rundingan Baling diantara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng serta tunjuk perasaan isu kebuluran yang sedikit sebanyak mempengaruhi proses perkembangan politik tanahair.

Dato' Ibrahim mengingatkan orang Melayu amnya dan ahli Perkasa khususnya agar sentiasa peka dengan perkembangan politik semasa dan bersiap sedia dalam apa jua keadaan bagi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Dato' Ibrahim menyampaikan ucapan dalam nada penuh bersemangat.

Dato' Ibrahim dipakaikan tanjak dan keris dipinggang lambang pahlawan Melayu.

YDP Perkasa Kedah, Tuan Syed Osman sedang menyampaikan ucapan.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Perkasa Daerah Baling, Pak Wan Mahmud.

Ucapan oleh YDP Perkasa Sarawak.



Ucapan oleh YDP Perkasa Sabah, Musli Oli

Dato' Ibrahim sedang melayan soal para wartawan. Turut kelihatan Naib Presiden Perkasa, Dato' Shuib Lazim dan Dato' Mokhtar bersama YDP negeri Sarawak, Pahang dan Perlis
YDP Perkasa Kedah beramah mesra dengan seorang tetamu sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengerusi Perkasa Baling, Saudara Taufek

Ahad, 27 Disember 2009

LAPORAN POLIS

Khamis, 10 Disember 2009.

Satu laporan polis telah dibuat oleh PERKASA Negeri Kedah terhadap kenyataan biadap Nga Kor Ming yang mempertikaikan perbelanjaan kerajaan terhadap pembinaan masjid di Malaysia.

Laporan tersebut telah dibuat sendiri oleh Yang Dipertua Perkasa Negeri Kedah, Tuan Syed Osman Mansor dengan diiringi oleh Timbalan YDP Negeri Kedah, Saudara Zahran Dato' Paduka Haji Abdullah dan beberapa ahli jawatankuasa.


Syed Osman sedang memberikan kenyataan kepada pegawai polis sambil diperhatikan oleh Saudara Zahran

Syed Osman sedang mengesahkan laporan yang telah siap dibuat.


Syed Osman ketika menjawab soalan pemberita.