Ahad, 20 Disember 2009, menjadi detik bersejarah kepada Perkasa Kedah apabila Baling menjadi daerah pertama di Malaysia apabila secara rasminya dilancarkan oleh Presiden PERKASA Malaysia, Dato' Ibrahim Ali.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut termasuklah YDP Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perlis dan Kedah. Majlis pelancaran Perkasa Daerah Baling telah diadakan di perkarangan rumah Pengerusi Perkasa Baling iaitu Pak Wan Mahmud.
Dato' Ibrahim dalam ucapannya telah mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Baling antaranya Rundingan Baling diantara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng serta tunjuk perasaan isu kebuluran yang sedikit sebanyak mempengaruhi proses perkembangan politik tanahair.
Dato' Ibrahim mengingatkan orang Melayu amnya dan ahli Perkasa khususnya agar sentiasa peka dengan perkembangan politik semasa dan bersiap sedia dalam apa jua keadaan bagi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Dato' Ibrahim dipakaikan tanjak dan keris dipinggang lambang pahlawan Melayu.
YDP Perkasa Kedah, Tuan Syed Osman sedang menyampaikan ucapan.
Ucapan aluan oleh Pengerusi Perkasa Daerah Baling, Pak Wan Mahmud.
Ucapan oleh YDP Perkasa Sarawak.
Ucapan oleh YDP Perkasa Sabah, Musli Oli
Dato' Ibrahim sedang melayan soal para wartawan. Turut kelihatan Naib Presiden Perkasa, Dato' Shuib Lazim dan Dato' Mokhtar bersama YDP negeri Sarawak, Pahang dan Perlis
Salam,
BalasPadamHarap masukan pautan blog Perkasa Pahang di blog tuan. http://perkasapahang.blogspot.com
Admin. Perkasa Pahang
Salam, timbalan pengerusi perkasa Baling, saudara Taufik Bin Haji Yaacob, bila lagi nak buat blog Perkasa Baling. Suruh tuan pengerusi Haji Wan Wahmud bergerak cergas sikit. Salam ukhwah. Pssst : tuan pengerusi "pen dua batang jangan tinggal".
BalasPadam