

1. Pejabat PERKASA Kedah yang baru telah dibuka dengan rasminya oleh YB Dato' Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia, pada hari Sabtu,  2 April 2011.
                   Alamat pejabat baru:         No 66, Tingkat Satu                                                               Jalan Cemara 1, Taman Cemara
                                                         08000 Sungai Petani Kedah
                                                           Tel : 04- 4215303 / 019 4248400                                                   
         Email: perkasakedah@gmail.com        2.  Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Ibrahim Ali telah memberi penghargaan kepada kepimpinan dan seluruh ahli PERKASA yang telah berkerja dengan gigih dan penuh semangat bagi mengwujudkan pejabat ini. Beliau berharap PERKASA Kedah akan terus meningkatkan aktiviti- aktivitinya bagi menarik seramai mungkin orang Melayu menyertai PERKASA.
3. Mengikut saudara Syed Osman Mansor, Yang Di Pertua PERKASA Kedah, pejabat ini akan berfungsi bukan sahaja sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran tetapi akan juga dijadikan sebagai pusat 'Wacana Ilmu' di mana ahli- ahli digalakkan berhimpun dan berbincang mengenai perkara- perkara yang relevan dengan TERAS dan FALSAFAH PERJUANGAN PERKASA.