Rabu, 6 April 2011

RERASMIAN PEJABAT PERKASA NEGERI KEDAH







1. Pejabat PERKASA Kedah yang baru telah dibuka dengan rasminya oleh YB Dato' Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia, pada hari Sabtu, 2 April 2011.

Alamat pejabat baru:

No 66, Tingkat Satu
Jalan Cemara 1, Taman Cemara
08000 Sungai Petani Kedah
Tel : 04- 4215303 / 019 4248400
Email: perkasakedah@gmail.com

2. Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Ibrahim Ali telah memberi penghargaan kepada kepimpinan dan seluruh ahli PERKASA yang telah berkerja dengan gigih dan penuh semangat bagi mengwujudkan pejabat ini. Beliau berharap PERKASA Kedah akan terus meningkatkan aktiviti- aktivitinya bagi menarik seramai mungkin orang Melayu menyertai PERKASA.


3. Mengikut saudara Syed Osman Mansor, Yang Di Pertua PERKASA Kedah, pejabat ini akan berfungsi bukan sahaja sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran tetapi akan juga dijadikan sebagai pusat 'Wacana Ilmu' di mana ahli- ahli digalakkan berhimpun dan berbincang mengenai perkara- perkara yang relevan dengan TERAS dan FALSAFAH PERJUANGAN PERKASA.











2 ulasan:

  1. Syabas & Tahniah PERKASA!!!

    Selamat Maju Jaya& Selamat Berjuang..

    BalasPadam
  2. assalamualikum dan salam 1 malaysia,saya hendak mengajukan soalan....saya telah berdaftar menjadi ahli perkasa di alor setar semasa tun mahathir datang ke ekspo perdagangan melayu perkasa...disi saya tidak aktif kerana alor setar dengan sg petani memang jauh kalu nak pergi mesyuarat yang di adakan,bolehkah saya bertukar ke perkasa sg petani....itu ja soalan saya

    BalasPadam