Khamis, 4 November 2010

DR M - PERKASA PENENTU KESINAMBUNGAN KUASA POLITIK MELAYU

  1. Perkasa menjunjung tinggi kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia, yang secara terang dan jelas menyatakan kesediaan beliau untuk sentiasa berada dekat dengan NGO tersebut. Beliau juga akan memastikan bahawa Perkasa akan menyokong UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya yang ke-13 kelak.
  2. Kenyataan ini pastinya akan mengundang pelbagai reaksi dan persepsi terhadap Perkasa yang selama ini cuba untuk tidak dilabel sebagai mirip kepada mana-mana parti politik arus perdana negara. Namun intipati kepada kenyataan Tun tersebut perlu dinilai dari sudut yang lebih luas iaitu Perpaduan Melayu dan Kuasa Melayu.
  3. Dan, pastinya dengan sokongan ini bukan sahaja UMNO yang beroleh keuntungan malahan parti-parti komponen yang selama ini menentang hubungan baik UMNO dan Perkasa.