Khamis, 6 Januari 2011

TEKAN PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN TEGAS

  1. Sikap Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu perlantikan Datuk Mohamed Khusrin amat memalukan dan mengecewakan. Sebagai seorang pemimpin bagi kerajaan negeri tindakan beliau yang tidak habis-habis mempertikaikan perlantikan tersebut walaupun telah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Selangor memang biadab dan tidak memperlihatkan sifat seorang Melayu tulen!
  2. Sikap bebal dan keras kepala Khalid sememangnya tidak boleh dimaafkan. Tindakan beliau akan menjadi contoh yang buruk kepada persepsi generasi muda terhadap institusi Beraja di negara kita terutama golongan muda Melayu.
  3. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana pada hari ini kita mempunyai institusi Beraja yang terbaik dengan Raja-Raja dan para Sultan yang sentiasa mengambilberat soal kebajikan serta kemakmuran rakyat dan negara. Oleh yang demikian sebarang usaha memburukkan institusi tersebut perlu disekat dan dipatahkan dengan seberapa segera dan tegas.
  4. Adalah diharapkan agar NGO-NGO Melayu agar segera bingkas bertindak terhadap golongan yang cuba meruntuhkan institusi beraja ini. Tekanan bukan sahaja patut dibuat kepada mereka yang mempunyai niat jahat ini tetapi juga kepada pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap kebiadaban mereka.
  5. Institusi beraja ini perlu dipertahan segera kerana ia merupakan benteng terakhir kita, orang Melayu dan kesucian Islam. Kegagalan kita bakal mengundang kemusnahan kepada sebuah negarabangsa dan kesucian agama.