Selasa, 25 Januari 2011

PROTES DOA!!

Sekumpulan orang Cina & India yang berkumpul di hadapan pintu sekolah.
  1. Pada 25 Januari 2011, iaitu semalam di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar, Sungai Petani, satu protes telah dibuat oleh beberapa individu bukan Islam terhadap perlaksanaan program meningkatkan modal insan oleh pihak sekolah tersebut.
  2. Program yang dinamakan sebagai Program Murni tersebut bermatlamatkan untuk memantapkan sahsiah pelajar Islam disamping memberikan penekanan terhadap penumpuan kepada ilmu dan pelajaran.
  3. Penumpuan program tersebut hanyalah kepada pelajar Islam manakala pelajar bukan Islam pula diasingkan dan diberikan program lain yang lebih kepada aspek moral.
  4. Namun demikian program semurni ini telah dijadikan isu oleh segelintir indidvidu yang melihatnya seolah-olah satu bentuk paksaan yang dikenakan kepada pelajar bukan Islam sedangkan hakikat sebenarnya TIDAK!
  5. Tindakan protes tersebut juga difahamkan dibuat kerana adanya rasa tidak puas hati terhadap isu bacaan doa yang diadakan pada setiap kali perhimpunan. Sedangkan bacaan doa sudah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat kita dalam apa jua majlis dan kepada penganut bukan Islam mereka tidak pernah dipaksa untuk turut mengaminkannya!
  6. Oleh itu tindakan lebih dari 30 orang Cina dan India dihadapan sekolah tersebut dilihat cuba merosakkan institusi pendidikan di negara ini. Sikap mereka yang terjerit-jerit dan agak agresif jelas menunjukkan tindakan yang tidak bermoral dan cuba mencetuskan ketegangan diantara kaum apatah lagi isu yang dibangkitkan melibatkan agama Islam.
  7. Seharusnya jika mereka merasakan dengan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bakal merosakkan akhlak atau agama anak mereka maka pilihan untuk memilih sekolah aliran lain amatlah dialu-alukan.
  8. Kita tidak mahu institusi semurni ini dirosakkan oleh mereka yang berkepentingan serta tidak tahu nilai atau budaya saling menghormati antara satu sama lain. Kita juga kesal tempat yang sepatutnya menjadi gedung ilmu dan mendidik ini terpaksa berhadapan dengan gelagat dan kerenah indidvidu yang kurang akal yang akhirnya menjadi ikutan anak-anak dibelakang hari.
  9. Sikap serta tindakan mereka ini dilihat boleh mencetus semula isu-isu lama sebagaimana yang telah menimpa kepada dua orang Pengetua sekolah sebelum ini gara-gara sentimen perkauman yang kuat.
  10. Kehadiran Timbalan YDP Perkasa, Pengerusi Perkasa Daerah Kuala Muda dan beberapa individu lain termasuk pihak Polis yang hadir dan berkawal di sekolah tersebut telah membantu menyuraikan perhimpunan tersebut lebih kurang jam 12 tengahari.
  11. Perkasa Kedah meminta agar pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan segera dan pantas sebelum isu seumpama ini merebak dan bernanah kerana kegagalan untuk menghentikan tindakan provokasi seperti ini dikhuatiri akan mewujudkan ketegangan kaum di negara kita.